HIDUP HANYA SEKALI BERBAKTILAH SEBANYAK KALI

Diposting oleh AzhanIcn pada 03:41, 18-Sep-16

Assalammualaikum kepada semua para pembaca dan follower Blog AzhanIcn yang tidak jemu-jemu dan kapok untuk bertandang ke rumah yang sederhana tapi bermakna ini. cheesy-grin

post kali ini hanya santai-santai sahaja tambahan pula hari ini hari minggu. Pasti semua pembaca ingin beristirehat dan mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang rileks dan santai. Di sini saya ingin bertanya. Benarkah hidup kita ini singkat? Kalau benar mengapa kita masih tidak berbakti kepada masyarakat?

Pasti saudara dan saudari tahu bahawa hidup kita ini singkat. Tetapi tahukan kalian bahawa hidup kita singkat tidak bermakna kita tidak dapat menikmati keindahan duniawi dan alam persekitaran kita. Hanya orang yang berfikiran negatif sahaja yang berfikir seperti itu. Namun, dari pemerhatian saya, ramai yang tidak mengambil berat dan kisah akan kehidupan mereka. Mereka seperti orang yang tiada arah tuju dan haluan masa hadapan sehingga hidup mereka menjadi sia-sia dan tidak berguna.

Orang yang mempunyai prinsip hidup dan mempunyai pedoman adalah orang yang BERJAYA tetapi adakah mudah untuk kita berjaya? Adakah halangan yang akan kita hadapi untuk berjaya senipis kulit bawang? Tanyakan sahaja kepada orang yang berjaya. Jawapan mereka pasti sama. TIDAK. Tiada orang yang akan bercakap YA. Untuk berjaya tidak mudah seperti yang di jangkakan.

Lihat sahaja di negara-negara asia. Lihat sesetengah sifat dan sikap manusia. Zina, rogol, mat rempit bahkan juga mat skuter juga di jadikan aktiviti harian mereka terutamanya golongan pemuda dan pemudi. Seperti tiada harga diri, mereka membuat perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. Inikah pemuda dan pemudi yang akan menggantikan pemimpin kita suatu hari nanti? Renungkan...

Para pembaca Blog AzhanIcn,. post ini bukanlah hasil daripada copy paste tetapi adalah pengalaman saya sendiri dalam membentuk dan mendisiplinkan diri agar menjadi comtoh untuk mereka yang muda dari saya. Bukan berbangga, bukan riak tetapi adalah untuk berkongsi pendapat sendiri. Ingatlah. Semakin hari kita semakin dewasa. Jadilah seorang manusia yang sempurna dari segi disiplin dan etikanya. Jangan libatkan diri di dalam perkara yang sia-sia. Kerana walaupun kita mencuba sekali, pasti kejadian yang sama akan berulang kembali. Ambil pepatah nasihat dari Malaysia ini, "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Jangan menunggu waktu tetapi kejarlah waktu itu kerana waktu itu adalah penentu hidup kita.

-AzhanIcn-

Salam dari Malaysia.

WANITA TIDAK SUKA...

Diposting oleh AzhanIcn pada 03:26, 14-Sep-16

Bezanya lelaki dan wanita secara keseluruhannya, mereka lebih bersahaja apabila bergaya. Namun, dalam keadaan sebegitu,ada yang tidak sedar fashion tertentu menyebabkan pasangan kamu tidak menyukainya. Di post kali ini, saya akan memberikan beberapa gaya penampilan yang harus di jauhi oleh lelaki. Mungkin bagi kamu, fashion begitu hanya kelihatan biasa, namun kamu harus menilai dan tahu di mana silapnya. SELUAR PENDEK Bagi para lelaki... [Baca selengkapnya]

REVOLUSI TUNISIA

Diposting oleh AzhanIcn pada 11:37, 11-Sep-16

REVOLUSI Tunisia bermula pada 18 Disember 2010. Dalam kalangan dunia Arab, Revolusi Tunisia dikenali juga sebagai Kebangkitan Sidi Bouzid (Sidi Bouzid Revolt) merujuk kepada tempat pertama protes bermula iaitu di sebuah bandar terletak kira-kira 300 kilometer di selatan ibu negara, Tunis. Bagi media Barat pula Revolusi Rakyat Tunisia dirujuk sebagai Jasmine Revolution, bersempena jasmine flower (bunga melati) yang merupakan bunga... [Baca selengkapnya]

DOWNLOAD LAGU 7 ICONS:- JANGAN LAGI

Diposting oleh AzhanIcn pada 01:27, 11-Sep-16

atacjihceaedqj2.jpgDownload Lagu 7 Icons: Jangan Lagi

Judul: Jangan Lagi

Penyanyi: 7 Icons

Album: The Journey Of Love

heart Download Lagu 7 Icons Jangan Lagi Download Lagu 7 Icons Jangan Lagi

Download Lagu 7 Icons Jangan Lagi

Download Lagu 7 Icons Jangan Lagi. heart

Link download lagu 7 Icons Jangan Lagi:-

jangan-lagi.mp3

jangan-lagi.mp3

jangan-lagi.mp3

jangan-lagi.mp3

Jangan lupa untuk follow Blog AzhanIcn dan mengisi buku tamu. wink

PUISI BUKAN SEKADAR TULISAN

Diposting oleh AzhanIcn pada 12:42, 07-Sep-16

PUISI atau lebih mesra di panggil sajak merupakan suatu perkara yang sangat indah untuk semua yang meminatinya. Mungkin pada pendapat beberapa orang, puisi itu hanya sekadar tulisan tangan yang biasa dan tidak mempunyai makna. Tetapi bagi penulis yang memandang jauh ke dalam sudut hati, puisi itu bukan hanya sekadar coretan yang tidak bermakna tetapi ia ibaratkan nyawa untuk si penulis. Mungkin... [Baca selengkapnya]

MISI MENGEMBANGKAN NAMA AZHANICN

Diposting oleh AzhanIcn pada 09:11, 02-Sep-16

Assalammualaikum kepada semua pembaca Blog AzhanIcn yang di hormati dan si sayangi sekalian. Salam Jumaat yang barokah untuk anda semua. Salam dari Malaysia. Dari dulu saya selalu berangan untuk manaikkan nama saya agar di kenali masyarakat. Jadi, saya telah membuat beberapa akaun media sosial dengan menggunakan nama pena 'AzhanIcn'. Hal ini saya pasti semuanya sudah maklum. Tetapi terdapat beberapa hal... [Baca selengkapnya]